::. Ya ALLAH kurniakanlah sakinah mawaddah warahmah dlm r/tangga kami Amieen.::



Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers  Baby Birthday Ticker Ticker  Baby Birthday Ticker Ticker

Saturday, November 22, 2014

10Months Buah Hati Jantung Limpa Ummi ;)





 serius nau muka anak ummi  ni yer..  

Thursday, September 25, 2014

Kite & Czer


 




Luahan hati si ibu cesareans.
kamu beruntung dapat rasa sakit contraction tapi kami tidak!
kamu beruntung dapat pegang anak lepas bersalin tapi kami tidak!
kamu beruntung boleh bangun duduk dengan mudah tapi kami tidak!
kamu beruntung harini bersalin esok discaj tapi kami tidak!...
kamu beruntung suami boleh teman semasa bersalin tapi kami tidak!
kamu beruntung tak perlukan penjagaan rapi luka bersalin tapi kami tidak!
kamu beruntung boleh mengurut seluruh badan tapi kami tidak!
kamu beruntung boleh pakai bengkung tapi kami tidak!
kamu beruntung boleh baring lama atau duduk lama tapi kami tidak!
kami terpaksa mengawal ketawa, bersin dan batuk.
Secara keseluruhan nya kamu yg boleh bersalin secara normal adalah sangat beruntung daripada orang yg tidak berupaya bersalin secara normal(cesarean).
Secara jujurnya luluh hati kami bila doktor beritahu kami tak dibenarkan bersalin secara normal dan terpaksa dibedah.
Sakit bersalin normal adalah semasa mengeluarkan bayi tapi kami menanggung sakit luka pembedahan selepas mengeluarkan bayi selagi mana luka bersalin tidak sembuh sepenuhnya.
Kami mempunyai risiko seperti jahitan terbuka semula, jangkitan pada luka, pendarahan pada luka dan kesakitan akibat pergerakan.

Jadi tolonglah jangan cakap yg cesarean itu tidak sakit sebagaimana sakitnya hati kami apabila orang memperlekehkan nasib kami yg tidak berpeluang untuk merasa bersalin secara normal walaupun kamu beritahu contraction itu amat menyakitkan tapi hati kami lagi sakit bila tidak dapat merasa langsung kesakitan contraction dan bersalin secara normal itu.


sharing from encik fesbook! 



Monday, September 22, 2014

8Months Buah Hati Jantung Limpa Ummi ;)



Yeay! anak ummi dh 8month! Alhamdulillah!
dah makin aktif.. makin lasak..hohoho!
aktivit skg :-
*suke memanjat
*suke lepas tangan satu lps dh diri tu! (eksyen kunun cam lambai² ala princess gitew!)
*suke makan
*suke sebut "maa..maa..maa.." please la anak ummi.. sebut ummi bkn maa.. ngee~
*suke main kejar² & sorok² guna keta walker dia..hihihi!



Tuesday, August 12, 2014

SALAM AIDILFITRI 1435H uollls!





Dalam GURAU ada terkata,
Dalam BICARA terkasar bahasa,
Dalam TINDAKAN terguris rasa,
Dalam HIDUP ✗ada yg ✗buat dosa..
Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia!
Ecececeh! 
Alahmdulillah raya thn ni lebih bermakna dengan kelahiran bambam zara!
kte doakan kwn² ttc yg laen pon dpt merasai nikmat begini nnnti!
Ameen ya rabb!

Monday, June 30, 2014

CARA SOLAT JAMAK & QASAR YANG SANGAT MUDAH!


 Assalamualaikum uols! hee~
kte nak kongsikan cara solat jamak & qasar yang sgt "kacang rebus" heee maksudnye senang la!kekeke!
sebelom ni klo outstation biasanye kte akan berhenti tiap pit stop utk solat.. 
xpenah pon wat solat jamak n qasar.. 
lagi sbb teringat ade sorang akk ni ckp kat kte psl solat ni 
dia ckp "Allah dh bg kemudahan kesenangan kt kte nape x terima? x buat? nape still buat cara yang susah sedangkan Allah dh bagi kesenangan/kemudahan dalam solat bile outstation"
cth plg sng"klo org bg adiah kat kte.. kte x terima ape perasaan kte"
haaa lebih kurang gitu la maksud akk tuh! so paham² aje la! hohoho!
sekali bile google lg sng rupenyer.. 
ate! moh kte ajor kome cara² nyer yer.. 
hohoho! 
SOLAT JAMAK 
Jamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat. 
Solat yang boleh di jamakkan ialah solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak
Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :  
Jamak Takdim  
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dalam waktu Zohor dan Solat Maghrib dengan Isyak dalam waktu Maghrib.Syarat Jamak Takdim : 
i.Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak
ii.Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram
iii.Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua.

Jamak Takhir
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar.
Manakala solat Magrhib dilakukan pada Waktu Isyak.
Syarat Jamak Takhir :
i.Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.
ii.Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.



SOLAT QASAR 
Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja.  
Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.

Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah :
Musafirnya tidak bertujuan maksiat.
Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km
Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram
Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam)
Mengetahui solat qasar itu menjadi harus baginya
Mengetahui tempat yang hendak dituju, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya
Tidak boleh qada qasar solat yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada'
Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya

Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor) :
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.

HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA' DAN QASAR

Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya ia boleh menjama'kan di antara dua solat dan mengqasarkan sekali.

Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut :
Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar
Menjama'kan dua solat fardhu dan qasar.


Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini :

Niat Jama' Taqdim dan Qasar :
 
i.Solat Zohor dan Asar.
"Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala"
Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat.
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut :
"Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala"

ii.Solat Maghrib dan Isya'
Sahaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya Isya' kerana Allah Taala
Solat maghrib tidak boleh diqasarkan.

Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya' sama dengna niat jama' taqdim zuhur-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut :
"Sahaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala"

 

 Niat Jama' Takhir dan Qasar:
 

i.Solat Zohor dan Asar
"Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Zohor kerana Allah Taala"
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
"Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah Taala"

ii.Solat Maghrib dan Isya'
"Sahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat qasar  dijama'kan dengan maghrib' tunai kerana Allah Taala"

memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
"Sahaja aku solat fardhu Maghrib ' tiga rakaat kerana Allah Taala"



Saya juga sekadar berkongsi ilmu. 
Sila rujuk pada yang lebih arif untuk penjelasan yang lebih sempurna dan supaya tidak timbul sebarang kekeliruan. 
Moga kita sama2 dpt mengingati dan membetulkn apa yg kurang disamping menambah ilmu.
T/kasih. Wasallam.

Friday, June 27, 2014

My Precious Momments 9 Months Part 4 (END)

Haloooo alooo loooo!

3rd Timester cam biasa! bb makin aktif! membesar ngn sehat! jantina 100% kompom!
Alhamdulillah!

3rd timester dh duk meng'goggle' 
cara mudah bersalin la!
ayat² mudah bersalin la!
petua mudah bersalin la!
tips cara meneran la!

ape la yg kena mengena ngn dalam labour room duk google! hahaha!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bile dah dekat due date tu ati mule berdebor debor yeop! ate.. terima ngn redha je la.. hohoho!
so start la menye'kodeng' dak kecik dalam tummy ummi ni seminggu sekali! hohoho!
best sgt! leh tgk si tecik tomey ummi ni duk wat pe.. heee!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

19hb Jan 2014 due date kte.
tapiii..............
doc check jalan x bukak.. si tecik dh kat bawah.. tp laluan xde.. tali pusat plak kat leher bb..
so doc decide nk czer.. haaa! czer?
doc suruh blk diskus dulu samada nak czer or induce!
doc bgtau pro n kontra bersalin czer n induce!
ala... riso nye Allah jer yang tau...
induce doc x brp rekemen sbb dh overdue & lalaun xde.. doc riso bb n ummi stress & bahaya utk bb nnti!
 czer plak doc bgtau risiko lps bsalin.. penjagaan nyer.. tp kaedah nyer sng n cpt!  ummi n bb x strees!
doc sgt rekemen czer sbb kte dh tggu lama kn.. berttc.. doc riso klo induce 3dos kalo jalan x bukak gak kena gak czer.. dh double cost plak tuh! so doc sgt merekemen czer.. ngn mslh² yg kte alami ni kte redha la utk czer! sobsobsob..
anak ummi nnti kua guna tingkap ek!  xpe! janji anak ummi sehat & selamat itu jer yang penting wat ummi & ayah!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

22 Jan 2014 (Rabu) 
lepas jer solat subuh sume..siap² cpt² g spital.. nk jd kan cerita lps je solat subuh tetiba cam ade kuar cecair.. kaler jernih + coklat² sikit...
cpt² bgtau en somi.. lelaju g spital.. sblom g spital sempat g umah mak jumpe ayah ngn mak mintak ampun dr dorg! mntk dorg doakan kte selamat n dipermudahkan bersalin kang.. sobsobsob..
dr umah ke spital walaupon x jauh dalam 5min je.. tp rase cam jauh jer pjalanan nyer ngn rase debor² lagi..
mcm² la rasa time tuh! huahuahua!
smpi je spital tros g emegency.. duk dlm labour room check heart beat bb..tgk graf dia ok ke x?
duk kat labou room tu lama gak la sbb bilik time tuh penuh! ramai sgt patients wooo!
duk la dlm labour room tu smpi kul 9am! 
kat labour room tuh mcm² doa duk baca.. pastu dah la x leh mkn dr 12 mlm tu smpi kul 9 woo lapo gile dah perot.. nurse cuma bg minum air masak je.. kte minum air zamzam je kat labour room.. abis gak la sebotol!
kul 9am nurse dh bgtau utk standby msk bilik OT..
en somi lak dipaksa rela utk msk sekali dlm tuh!
bukak ape yg patut.. tuko baju sume bagai.. kte disorong msk dlm bilik OT..
dupdapdupdap..
time czer diberi pilihan samada nak fullbody bius or halfbody! 
kte amik halfbody.. sbb rsiko fullbody sgt tinggi woo!
so sedar la masa doc n nurse duk nk kuakan si tecik tuh!
cuma x rasa pape la.. rasa nebes je woo! nebes giler!
Alhamdulillah en somi penenman kat sebelah kanan! sebelah kiri Doc Pakar Bius!
Doktor Rohana Mohamed! sangat baik doc ni okeh! 
doc ni pegang tangan kte.. suruh igt Allah.. baca ayat² penenang! 
mmg doc ni byk mng'cool'kan kte msa kat bilik OT.. doc ni kecik comel jer orangnyer.. sgt peramah!
Terima Kasih doktor sbb bg kata² semagat kat saye yang sgt gile nebes nih! hohoho!
ops x lupe gak kat en somi yg teman kt sebelah lagi tu yer! heee~
ALHAMDULILLAH tepat jer 9.36am 22 Jan 2014 bersamaan 20 R'Awal 1435H 
permata hati ummi ngan ayah selamat dilahirkan! sobsobsob..
sebak je rase bile Dr. Norshida tunjuk kat kte baby tuh! dia pon ckp Alhamdulillah bb slmt dilahirkan..

Terima Kasih Ya ALLAH telah kabulkan permintaan kami ni..
Terima kasih kat sume nurse² n doktor Hospital Colombia Asia Cheras..
Dr. Norshida Brahim
Dr. Rohana Mohamed
Dr. Dr. Vijaya Mohan R. Rasathurai (doc baby)
Alhamdulillah sume nyer dipermudahkan Allah daripada mula mengandung, bersalin & berpantang!
Alhamdulillah sangat².. berkat doa mak.. ayah.. en somi sume! terima kasih sume!
akhirnya tercapai impian kami untuk lihat, dukong, pelok, gomol n membesarkan anak sendiri sobsobsob..
semoga nak ummi n ayah yang diberikan nama  
NURZARALYSA FAZREENA BINTI MD NAZRIN
diberikan kesihatan yang baik.. dilindungi ALLAH dari segala bahaya, penyakit, perkara² yg buruk!
semoga anak ummi n ayah menjadi anak yang solehah!
yang dpt memimpin tangan ummi n ayah di akhirat nnti!
yang dapat mendoakan ummi n ayah bile ayah ngan ummi xde nanti!
InsyaALLAH Ameeennn....









SALAM RAMADHAN 1435H


SALAM RAMADHAN 1435H UNTUK SEMUA & ESPECIALLY GENG TTC!
SEMOGA DENGAN KEHADIRAN BULAN YANG MULIA NI ALAAH MAKBULKAN SEGALA PERMOHONAN KENGKAWAN YANG BER'TTC SEMUA! 
INSYAALLAH AMEEENNN..

Thursday, May 15, 2014

My Precious Momments 9 Months Part 3

Holaaaaaaa! sambung story mory lagi ek.. kekeke!
.
.
.
.
  2nd timester.. badan dh mula ok.. dh bole la duk merayap².. 
bau²an masakan pon dh bole tima.. xde la duk muntah²n loya² sangat!
Alhamdulillah..
baby pon membesar dengan sehat! Alhamdulillah!
time raye mase tuh! wahhh sangat hepi sbb dh leh la mkn mcm²..kekeke!
 tekak pon dh lalu nk mkn mcm².. tu nk mkn.. ni pon nk mkn! hohoho!
Alhamdulillah selama 5 years of marriage.. ni la !st time rasa sgt happinest! x stress & depress sgt²..
kengkawan ttc musti tau kn sbb ape kn ? 
raye ni xde la soklan² yg menyakitkan hati.. yang bakal mengguriskan jiwa raga!
xde la msk bilik nanges kat en somi mengadu domba! huhuhu!
en somi pon xde la dgr kte duk ngomel menyumpah org yg duk perli² tuh! huahuahua!
hanya org yg penah mengalami situasi nih jer yg dpt faham! sobsobsob!
Alhamdulillah raya yang sgt bermakna buat kami somi isteri! 
kami beraya bertiga ngn bb on progress dlm perot! 
Alhamdulillah Ya Allah! Terima Kasih memperkenankan permintaan kami ni!



(selim melim kn pic raye time peknen nih! hohoho! 
mau x selim melim.. turun dekat 7kg tuh muntah² loya² punya psl) kekekeke!
.
.
.
.
.


time 2nd timester kte dh tau dh bb gender ape.. hohoho!
mana taknyer dekat 4x gak la wat scan 3D 4D wooo! 
sbb utama bkn sbb nk tau gender sangat! cuma nk tau progress bb! hikhikhik..
Alhamdulillah gender bb gugurl! tp time tuh x harap sgt sbb kwn² gtau ade yg bsalin bertukar gender lak masa dlm perot & lps kua.. gulppp!
 ikotkn anak 1st nih kte x kesah kn anak gugurl ke boboi! yg penting sihat n sempurna sifatnyer! ameennn..
tp ikot family en somi dorg mengharap bb gugurl..sbb dlm fmly 6 org cucu sume boboi! dorg nakla cucu gugurl dlm family tuh! hikhikhik.. Alhamdullillah permintaan family belah en somi dimakbulkan ALLAH.. ;)

time tuh dh start beli sikit² baju bb.. 
opkos la skirt meket pinky yg tomey² gitu! hohoho!
kte banyak beli on9.. ari² ade je parcel kt umah mak.. smpi mak pon dh sound! Hahaha!
xpe mak! nnti adik bg upah yer! sian mak penat ari2 ade org mntk autograf! gagagaga!
autograf parcel! kekeke!

Alhamdulillah bb sihat n membesar dengan jaya nyer heee~



My Precious Momments 9 Months Part 2





Yuhuuuuuu! k kte sambong plak part 2! ecececeh cam drama plak yer! hohoho!

 masuk je bln ke-2 g checkup cam biasa.. 
alhamdulillah sume nyer ok.. heartbeat.. progress sume ok..Alhamdulillah!
tp part yg suspen nyer doc bgtau :-

Doc : Alhamdulillah awk peknen.. sbb lama tggu kn?
kte : ya doc.. dekat 5 thn tggu ni doc.. cmne yer.. ok ke sy?
Doc : jap yer sy scan.. kte tgk cmne bb awk..
 (pas jer lama digodek² alat scan tu kt perut kte.. doc cam terkejut..)
Doc : sy rase awk peknen twin nih! tgk ade 2 kantung!
kte & somi : hah! btol ke doc?
(ikotkn kte cam x nmpk sgt.. 
ye la nengok kt monitor tuh hitam putih blur² jer kaler dia mana la nk tau kn?hoho!)
Doc : xpe sy akan monitor awk 2 minggu sekali..

kte n somi : hati berbunga riang la.. dh la lama x dpt.. bile dpt twin plak tuh! berganda la hepi nyer kn!
Alhamdulillah.. dlm hati tros berdoa agar kte n kandungan selamat hingga bersalin! ameeennn..


So bermula la ber'check-up' tiap 2 minggu sekali utk monitor progress baby..
Alhamdulillah 2 kantung dh nmpk &ketulan cam daging camtuh!

dekat 3bln camtuh doc bgtau yg progress bb lg 1 kantong tu x bape nk menjadi..
n xde heartbeat pon.. sobsobsob :(
tp ALhamdulillah 1 kantong lg progress dgn baek.. alhamdulillah..alhamdulillah.. berharap sgt yg satu tu membesar dan sihat² sgt.. dalam hati x putus² berdoa.. 
Ya Allah peliharakankah anak dalam kandungan ku ini ya Allah.. 
tiap saat sentiasa berdoa & usap perot.. huhuhu..
selalu ckp ngn bb "anak ummi kena kuat, anak ummi kena sihat tau, anak ummi kena kuat cam ummi gak"
berdoa n berharap tu je mampu ummi wat utk anak ummi.. sobsosobsob.. :( 

masa bb x lg satu x progress.. setiap ari ade bleeding..
dia x kua merah cam darah tuh.. cuma kuar coklat² camtuh kat pantyliner..
riso nyer hati Allah jer yg tau time tuh..
klo rase cam kuar bleeding byk sgt.. cpt² suruh en somi bwk g klinik utk scan bb..
time check.. 
Alhamdulillah baby sihat sgt².. aktif memusing.. kaki bergerak² cam naek beskal camtuh..hehe..
bila teringat blk.. comey angat! hikhikhik!
doc ckp mungkin sbb yg satu lg tu x jadi..tu yg bleeding..  xpe la.. ummi redha time tuh..asalkan ade yg satu lg utk ummi & ayah nnti..
"anak ummi kena kuat tau"
"Ya ALLAH peliharakanlah anak dalam kandunganku ini dari keguguran & perkara yg tidak diingini"
tu je la kte selalu doakan time² cenggini..
 

My Precious Momments 9 Months Part 1



Walllllaaaweeehhh! lama gile kot x update blog! dh bersawang vs berkulat dah blog kte nih! Hahaha!
Meh kte nak update pasal my pregnancy dr awal hgga slmt bersalin.. meh..meh.. heee~


time dpt result camni.. mnggeletar badan woo.. rase x  percaya.. rasa sebak sgt sbb akhirnya Allah makbulkan permintaan kami yg sekian lama ber ttc ni.. sob..sob.sob..
tp sblom check tu mmg rase lain mcm dh.. kte kn ber'bbt' so check suhu la subuh² tiap² ari.. 
graf mmg naek je.. tp ye la xmo nk  mengharap sgt takot kuciwa spt sblom² nih.. huwaaaaa....
pas je dapat result.. tros tunjuk en somi & kami same² nangis & tros sujud kesyukuran!  Sob.sob.sob..
Alhamdulillah Ya Rabbi!



Mase bulan pertama peknen! mg xde pape..rilek je.. sampai siap ckp kt doc sy ni xde muntah² pening² mual² pon doc.. hahaha! tp msk je bln ke2 huwaaaaaa. rasekan ko! 
pantang lalu kedai makan ke? msk² mmg xleh bau! tros automatik muntah n sakit pala bagai!
sampai jiran² klo masak bau msk umah mmg kena $$%##$ jer! astaghfirullahalzim... huhuhu! 
mmg x tahan giler! tu la masa awl peknen takabur gitu! sekali dh dpt pakej tuh! rasakan lah! hohoho!
mmg kte pon x kua umah.. byk duk umah je.. menyepikan diri! klo kuar bau mcm² x tahan lak.. so better duk umah jer dr kuar asik nk meroyan je kang! x pasal² lak kan.. huhuhu!