Assalamualaikum uols! hee~
kte nak kongsikan cara solat jamak & qasar yang sgt "kacang rebus" heee maksudnye senang la!kekeke!
sebelom ni klo outstation biasanye kte akan berhenti tiap pit stop utk solat..
xpenah pon wat solat jamak n qasar..
lagi sbb teringat ade sorang akk ni ckp kat kte psl solat ni
dia ckp "Allah dh bg kemudahan kesenangan kt kte nape x terima? x buat? nape still buat cara yang susah sedangkan Allah dh bagi kesenangan/kemudahan dalam solat bile outstation"
cth plg sng"klo org bg adiah kat kte.. kte x terima ape perasaan kte"
haaa lebih kurang gitu la maksud akk tuh! so paham² aje la! hohoho!
sekali bile google lg sng rupenyer..
ate! moh kte ajor kome cara² nyer yer..
hohoho!
SOLAT JAMAK
Jamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat.
Solat yang boleh di jamakkan ialah solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak.
Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :
Jamak Takdim
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dalam waktu Zohor dan Solat Maghrib dengan Isyak dalam waktu Maghrib.Syarat Jamak Takdim :
i.Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak
ii.Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram
iii.Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua. Jamak Takhir
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar.
Manakala solat Magrhib dilakukan pada Waktu Isyak.
Syarat Jamak Takhir :
i.Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.
ii.Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.
SOLAT QASAR
Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja.
Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.
Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah :
Musafirnya tidak bertujuan maksiat.
Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km
Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram
Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam)
Mengetahui solat qasar itu menjadi harus baginya
Mengetahui tempat yang hendak dituju, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya
Tidak boleh qada qasar solat yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada'
Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya
Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor) :
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.
HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA' DAN QASAR
Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya ia boleh menjama'kan di antara dua solat dan mengqasarkan sekali.
Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut :
Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar
Menjama'kan dua solat fardhu dan qasar.
Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini :
Niat Jama' Taqdim dan Qasar :
i.Solat Zohor dan Asar.
"Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala"
Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat.
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut :
"Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala"
ii.Solat Maghrib dan Isya'
Sahaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya Isya' kerana Allah Taala
Solat maghrib tidak boleh diqasarkan.
Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya' sama dengna niat jama' taqdim zuhur-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut :
"Sahaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala"
Niat Jama' Takhir dan Qasar:
i.Solat Zohor dan Asar
"Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Zohor kerana Allah Taala"
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
"Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah Taala"
ii.Solat Maghrib dan Isya'
"Sahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat qasar dijama'kan dengan maghrib' tunai kerana Allah Taala"
memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
"Sahaja aku solat fardhu Maghrib ' tiga rakaat kerana Allah Taala"
Saya juga sekadar berkongsi ilmu.
Sila rujuk pada yang lebih arif untuk
penjelasan yang lebih sempurna dan supaya tidak timbul sebarang
kekeliruan.
Moga kita sama2 dpt mengingati dan membetulkn apa yg kurang
disamping menambah ilmu.
T/kasih. Wasallam.
Clear.. senang nak faham. tqvm
ReplyDeletemaaf bertanya.betol ke niat jamak takhir tu..bukan kite kena niat solat isyak dulu baru magrib ke?? atau kene niat solat asar dulu baru buat zuhur
ReplyDeleteBtl kta anonymous.. maaf ye.
ReplyDeleteBtl kta anonymous.. maaf ye.
ReplyDeleteJamak takhir boleh dahulukan zuhur/asar dan mghrib/isyak tpi lebih afdal dahulukan asar dan isyak
ReplyDeleteJamak taqdim mesti dahulukan zuhur dan maghrib
Deletemusykil.......saya dah sembyg jamak qasar zohor tapi apabila sampaidestinasinya waktu asar belum masuk. soalannya ada kah perlu saya sembahyg asar semula.....
ReplyDeletetak
Deleteboleh tak solat jamak tanpa qasar
ReplyDeleteboleh tak solat jamak tanpa qasar
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsiannya.
ReplyDeleteSaya ambil peperkongsiannya sahaja Lain2 tiada. Dulu kini Dan selamanya...
kalau kita terlepas solat maghrib sebab bas ekspress yg kita naik tak berhenti utk solat, macam mana pulak ye ? 😥
ReplyDeletekalau kita terlepas solat maghrib sebab bas ekspress yg kita naik tak berhenti utk solat, macam mana pulak ye ? 😥
ReplyDeleteJamakkan isyak dn magrib sesedah sampi ke stesen bas
DeleteBoleh atau tidak solat maghrib di jamakn dlm waktu asar
ReplyDeletetak
DeleteBoleh atau tidak solat maghrib di jamakn dlm waktu asar
ReplyDeleteSolat magrib tak bole di jamak atau qasar pada solat zuhur mahupun asar.. iya tetap kena jamak atau qasar dekat isyak sahaja.. ataupun isyak dan magrib gitu..
ReplyDeleteZuhur dan asar ataupun asar dan zuhur..lain dari tu, tak bole.. maaf kalo sy slh info ;)
Terima kasih atas perkongsiannya saya ambil yg haq sahaja lain tiada.Dulu kini dan selamanya.
ReplyDeleteKalau tak melakukan iqamat, sah ke tidak jika nak smbung terus ke solat jamak?
ReplyDeleteBoleh buat sebelum memulakan perjalanan atau selepas perjalanan.? Mksud sy, boleh ka sy solat jama' & qasar waktu zohor sblm sy memulakan perjalanan yg jauh?
ReplyDeleteCool and that i have a nifty supply: Full House Reno contractors near me for home renovation
ReplyDelete