::. Ya ALLAH kurniakanlah sakinah mawaddah warahmah dlm r/tangga kami Amieen.::



Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers  Baby Birthday Ticker Ticker  Baby Birthday Ticker Ticker

Friday, July 12, 2013

ALHAMDULILLAH








Alooo ttcian sume! Lama gile x post kat belog..... 
saje tunggu time yg sesuai tuk publish berita gembira yg kami dapat!
Tggu lps 1st trimester baru berani nk announce! hikhikhik.. ampunkan patik kwn² sume!
Alhamdulillah! akhirnya penantian kami selama lebih 4thn akhirnya ALLAH makbulkan.. 
Terima Kasih Ya Allah dengan rezeki yg diberikan ni... Semoga dipermudahkan segalanya..
Ameeenn Ya Rabbal Alamin!
Skg ni dah 14weeks.. still muntah²..loya²..xde selera nak makan.. 
xpe papepon kte redha & tima ngn hati yg terbuka..
cherish the moment okeh! fuhh ayat nyedapkan ati la tuh!
ok nnti kte sambung plak cite pasal anugerah terindah ni nnti yer.. 
bg korg suspen.. ala² cam drama plak yer.. hohoho!
kwn² doakan yer semoga dipermudahkan & baby kte selamat.. ;)



Thursday, February 14, 2013

Bukan Tidak Subur, Tapi Belum Masanya =(



Mungkin di luar sana, mengandaikan kami golongan tidak subur. Ada yg mendefinisikan sebagai tidak mempunyai anak dalam tempoh setahun selepas perkahwinan adalah tidak subur. Terkadang, sememangnya menyebabkan kita rasa stress.


Tidak subur?
Atau
Belum tiba masanya?


Sedangkan Allah Maha Mengetahui untuk kita.
Pada yg tidak dikategorikan dalam definisi 'tidak subur' tu, bersyukur lah dan jangan pula sewenang-wenangnya mengandaikan kami - para TTC - tidak subur. Jangan pula ada riak takbur bila diri itu subur.
Utk diri sendiri juga, aku mengingatkan apa sahaja rezeki yg kita dapat bukan milik kita, tp milik Allah. Sekelip mata boleh diambil balik.
********************************************************************************


Bacaan yang amik baik utk memotivasikan diri - 
Allah Bukan Tidak Menjawab Kamu

Allah bukan tidak menjawab, tetapi Dia Maha Tahu bila hendak menjawab
Lama bertahan kadangkala membuatkan kita kecewa. Lebih menyakitkan hati, apabila kita cuba meluahkan penderitaan kita, orang lain hanya tahu menyatakan sabar sahaja. Sedangkan yang kita perlu adalah ‘tindakan’, bukan sekadar bicara-perkataan.

Tetapi apabila kita balik kepada hakikat ujian tadi, dan tujuannya, bukankah hati sudah sedikit tenang? Nyata di dalam ujian itu juga yang ada hanyalah kebaikan-kebaikan sahaja.

“Yalah, aku faham semua itu, tetapi aku manusia.”

 Ya, saya faham. Saya juga manusia. Sebab itulah saya bermula dengan kebersihan iman, dan mengajak kita memahami hakikat ujian. Sebab saya sendiri pernah gugur dan jatuh. Bukan sekali dua, bahkan berkali-kali. Tersungkur, saat-saat merasakan diri ini ditinggalkan. Pernah hendak cuba menjerit ke langit dan memarahi Allah, pernah juga terfikir untuk merajuk dengan dunia dan menghentikan kehidupan. Saya pernah bersedih hingga ke tahap itu. Dan saya yakin, esok lusa akan ada lagi ujian-ujian yang lebih hebat dari yang pernah saya lalui, yang akan membuatkan saya terlutut semula.

Tetapi, ada kelainan apabila kita memahami apakah itu ujian? Mengapakah diturunkan ujian? Apakah tujuan ujian? Ada perbezaannya apabila kita memahaminya. Apatah lagi apabila kita punya keyakinan terhadap Tuan Punya Ujian.

Akhirnya, lama-kelamaan, saya melihat bahawa putus asa itu sebenarnya berlawanan dengan kewarasan akal. Akhirnya saya berjaya melihat bahawa, menjerit ke langit itu berlawanan dengan kewarasan akal. Begitu juga merajuk dengan dunia dan menghentikan kehidupan. Sebab sebenarnya, kita ada satu lagi pilihan. Itulah dia terus bertahan.

Allah bukan tidak menjawab segala doa, segala solat hajat, segala aduan, segala permintaan. Dia Maha Mendengar, dan tiada tempat pengaduan yang lebih baik daripada Dia. Tinggal, Dia itu juga bukan sekadar Maha Mendengar, bukan sekadar Maha Pemakbul Doa, tetapi Dia juga adalah Yang Maha Tahu Atas Segala-galanya. Dia Maha Tahu bilakah waktu yang sesuai untuk menjawab doa kita, untuk memakbulkan permintaan kita. Dia Maha Tahu kemampuan kita, sampai bilakah kita mampu bertahan. Dia Maha Tahu, apakah manfaatnya ujian yang Dia turunkan kepada kita.

Sebab itu, lihatlah firman-firmanNya berkenaan dengan ‘kelewatan’ pertolonganNya. Semua punya bonus.

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” Surah Al-Baqarah ayat 214.

Bagaimana agaknya, orang-orang yang teruji, sampai rasa tidak punya lagi harapan, dan pada saat itu sampailah pertolongan yang selama ini diharapkan? Bukankah kekuatannya akan lebih tertingkat? Bukankah dia akan menjadi yang lebih bersyukur? Bukankah keimanannya akan melonjak?

“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri. Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir.” Surah At-Taubah ayat 25-26.

Saat-saat sebahagian manusia telah berputus asa dan berundur, dan sebahagian lain pula kekal bertahan dalam keadaan kekalahan, bukankah apabila Allah turunkan pertolongan pada saat itu akan berlakunya peningkatan terhadap yang kekal percaya? Bukankah telah tertapis daripada golongan pejuang itu mereka yang benar-benar ikhlas memperjuangkan agama Allah?

Sebab itu, Allah Maha Tahu bilakah hendak menjawab doa-doa hambaNya.

Dia tahu waktu dan ketikanya.

Yang tinggal adalah kita. Apakah mahu kekal bertahan dan percaya? Atau mengalah, menjadi yang rugi selama-lamanya?



sangat suke posting nih.. amat² memotivasikan diri kte..  kredit to :-

Monday, February 4, 2013

Hari Wilayah Persekutuan 2013 : Macam-macam Percuma dan Promosi.. Hoooyeeehhh!

wp2013 

Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2013

WP Kuala Lumpur
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

1 – 28 Feb 2013:
- Semua kompaun trafik yang dikeluarkan DBKL dikenakan bayaran RM30.
Sepanjang Februari 2013 :
- Penggunaan secara percuma kemudahan sukan DBKL (tidak termasuk kejohanan) – seperti gelanggang futsal, tenis, badminton, ping-pong, bola tampar, sepak takraw, padang bola sepak, kolam renang, skuasy dan gimnasium.
- Yuran keahlian percuma semua perpustakaan DBKL.
- Percuma menaiki bot dan pony ride di Taman Tasik Titiwangsa.
- Penggunaan tandas awam DBKL secara percuma

1 Februari 2013 sahaja:
- Bayaran masuk ke Aquaria KLCC hanya RM99.00 (promosi family package – 2 dewasa & 2 kanak-kanak sahaja) bagi pemegang MyKad sahaja.
- Bayaran masuk RM1 ke Taman Burung bagi pemegang MyKad sahaja.
- Bayaran RM1 menaiki Hop on Hop Off bagi pemegang MyKad sahaja.
- Promosi bayaran masuk ke Berjaya Times Square Theme Park dengan pembelian 1 tiket PERCUMA 1 tiket bagi pemegang MyKad sahaja.

Pejabat Pengarah Tanah & Galian WP

1 Januari – 31 Disember 2013:
- Pemberian insentif diskaun 5% cukai dan 50% tunggakan denda beserta denda lewat kepada pembayar cukai tanah yang membuat bayaran melalui PORTAL www.ptgwp.gov.my SAHAJA.
- Pemberian diskaun 50% tunggakan denda lewat dan denda lewat kepada pembayar cukai tanah yang membuat bayaran melalui kaunter di Aras 1, Bahagian Hasil PPTGWPKL

1 Januari – 31 Mei 2013:
- Melaksanakan Insentif Hadiah Cabutan Bertuah bagi Pemilik Tanah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang membayar cukai tanah pada tahun 2013.

WP Putrajaya

1 – 8 Februari 2013:
- Diskaun 50% untuk sightseeing Cruise Tasik Putrajaya untuk dewasa dan kanak-kanak.
Sepanjang Februari (Sabtu & Ahad) – Lawatan berpandu ke tempat-tempat menarik sekitar Putrajaya menaiki bas Nadi Putra secara percuma bermula dari I-Center Dataran Putrajaya.

Minggu pertama Februari 2013:
- Diskaun 50% sewa peralatan di Taman Cabaran Putrajaya untuk pemegang MyKad.
- Sewa 1 jam, percuma 1 jam berikutannya kemudahan gelanggang (bola tampar, sepak takraw, futsal dan bola keranjang di Taman Pancarona dan Kompleks Futsal 1 Malaysia untuk pemegang MyKad sahaja.
- Percuma sewaan kemudahan awam (badminton, ping pong, skuasy) di ompleks Kejiranan Putrajaya dan Kompleks Renang di Presint 5

Sepanjang Februari 2013:
-  Pendaftaran keahlian Pusat Pembelajaran Kejiranan Putrajaya secara percuma.

WP Labuan 

1 – 28 Februari 2013:
- Penggunaan percuma kemudahan awam, Dewan Serbaguna PL, Kompleks Sukan Laut, Dewan Mini Anjung Budaya, Dewan Taman Perumahan Bedaun, Gelanggang Futsal, Arena Boling Padang, Gelanggang Tenis, Bola Keranjang, Padang Ragbi.
- Bulan Pengampunan Peminjam Buku
- Pendaftaran percuma Keahlian Baru atau Pembaharuan Kad Ahli Perpustakaan
- Diskaun 50% sewaan chalet di Pulau Papan, Labuan.

Agensi Kerajaan di Wilayah Persekutuan

1 Februari 2013:
- Penggunaan secara percuma peralatan dan gelanggang di Bangunan UTC dan diskaun penggunaan peralatan & gelanggang di Bukit Kiara & Kompleks Belia dan Sukan Kg Pandan

Sepanjang Februari 2013:
-Penggunaan padang bola sepak Kompleks Perumahan Kastam Diraja Malaysia WP di Kelana Jaya secara percuma

Kredit  to http://ondscene.my/  =) 


Wednesday, January 9, 2013

Cara Solat Sunat Dhuha Yang Ringkas




Solat Dhuha merupakan amalan sunat yang di galakkan kita amalkan nya. Ia dikatakan sebagai "pembuka rezeki" sebagaimana yang di nyatakan dalam hadis Rasulullah tercinta kita SAW.  
Solat ini boleh dilakukan 2, 4, 6, hingga 12 rakaat. 



Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sunat Dhuha : 
Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10am atau antara 8am - 1pm sebelum waktu Zohor.
@
Waktu 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi - sebelum waktu zohor


Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda bersabda“Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu Dhuha.”  (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).

"Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.
"Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab Al-Majmu;' karangan Imam Nawawi).


1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" Niat dalam hati :
✿ "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
✿  Baca Alfatihah hingga akhir
✿  Baca Surah, pendek pun takpa. (paling elok surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua  
✿  Baca Alfatihah hingga akhir
✿  Baca Surah, pendek pun takpa. (paling afdhal surah Addhuha)
✿  Tahiyyat akhir & Beri Salam.. 

3. Doa  
✿  Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
✿  Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah..
✿  Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha :




Maksudnya:
 Ya Allah, 
sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, 
kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, 
kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu 
dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya ALLAH, 
jika rezekiku masih di langit, turunkanlah,dan
jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah,
jika haram, sucikanlah dan
jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
Limpahkanlah kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.. 
~Amennn Ya Rabbal Alamin..~

ps:- kalo nk senang kte download jer video Doa Sulat Dhuha by UNIC kt Youtube ;)
baca di kertas klu x hafal pun xpe.. insyaAllah jika amalkan lama² blh hafal doa ni.. hehe..