::. Ya ALLAH kurniakanlah sakinah mawaddah warahmah dlm r/tangga kami Amieen.::



Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers  Baby Birthday Ticker Ticker  Baby Birthday Ticker Ticker

Thursday, February 14, 2013

Bukan Tidak Subur, Tapi Belum Masanya =(



Mungkin di luar sana, mengandaikan kami golongan tidak subur. Ada yg mendefinisikan sebagai tidak mempunyai anak dalam tempoh setahun selepas perkahwinan adalah tidak subur. Terkadang, sememangnya menyebabkan kita rasa stress.


Tidak subur?
Atau
Belum tiba masanya?


Sedangkan Allah Maha Mengetahui untuk kita.
Pada yg tidak dikategorikan dalam definisi 'tidak subur' tu, bersyukur lah dan jangan pula sewenang-wenangnya mengandaikan kami - para TTC - tidak subur. Jangan pula ada riak takbur bila diri itu subur.
Utk diri sendiri juga, aku mengingatkan apa sahaja rezeki yg kita dapat bukan milik kita, tp milik Allah. Sekelip mata boleh diambil balik.
********************************************************************************


Bacaan yang amik baik utk memotivasikan diri - 
Allah Bukan Tidak Menjawab Kamu

Allah bukan tidak menjawab, tetapi Dia Maha Tahu bila hendak menjawab
Lama bertahan kadangkala membuatkan kita kecewa. Lebih menyakitkan hati, apabila kita cuba meluahkan penderitaan kita, orang lain hanya tahu menyatakan sabar sahaja. Sedangkan yang kita perlu adalah ‘tindakan’, bukan sekadar bicara-perkataan.

Tetapi apabila kita balik kepada hakikat ujian tadi, dan tujuannya, bukankah hati sudah sedikit tenang? Nyata di dalam ujian itu juga yang ada hanyalah kebaikan-kebaikan sahaja.

“Yalah, aku faham semua itu, tetapi aku manusia.”

 Ya, saya faham. Saya juga manusia. Sebab itulah saya bermula dengan kebersihan iman, dan mengajak kita memahami hakikat ujian. Sebab saya sendiri pernah gugur dan jatuh. Bukan sekali dua, bahkan berkali-kali. Tersungkur, saat-saat merasakan diri ini ditinggalkan. Pernah hendak cuba menjerit ke langit dan memarahi Allah, pernah juga terfikir untuk merajuk dengan dunia dan menghentikan kehidupan. Saya pernah bersedih hingga ke tahap itu. Dan saya yakin, esok lusa akan ada lagi ujian-ujian yang lebih hebat dari yang pernah saya lalui, yang akan membuatkan saya terlutut semula.

Tetapi, ada kelainan apabila kita memahami apakah itu ujian? Mengapakah diturunkan ujian? Apakah tujuan ujian? Ada perbezaannya apabila kita memahaminya. Apatah lagi apabila kita punya keyakinan terhadap Tuan Punya Ujian.

Akhirnya, lama-kelamaan, saya melihat bahawa putus asa itu sebenarnya berlawanan dengan kewarasan akal. Akhirnya saya berjaya melihat bahawa, menjerit ke langit itu berlawanan dengan kewarasan akal. Begitu juga merajuk dengan dunia dan menghentikan kehidupan. Sebab sebenarnya, kita ada satu lagi pilihan. Itulah dia terus bertahan.

Allah bukan tidak menjawab segala doa, segala solat hajat, segala aduan, segala permintaan. Dia Maha Mendengar, dan tiada tempat pengaduan yang lebih baik daripada Dia. Tinggal, Dia itu juga bukan sekadar Maha Mendengar, bukan sekadar Maha Pemakbul Doa, tetapi Dia juga adalah Yang Maha Tahu Atas Segala-galanya. Dia Maha Tahu bilakah waktu yang sesuai untuk menjawab doa kita, untuk memakbulkan permintaan kita. Dia Maha Tahu kemampuan kita, sampai bilakah kita mampu bertahan. Dia Maha Tahu, apakah manfaatnya ujian yang Dia turunkan kepada kita.

Sebab itu, lihatlah firman-firmanNya berkenaan dengan ‘kelewatan’ pertolonganNya. Semua punya bonus.

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).” Surah Al-Baqarah ayat 214.

Bagaimana agaknya, orang-orang yang teruji, sampai rasa tidak punya lagi harapan, dan pada saat itu sampailah pertolongan yang selama ini diharapkan? Bukankah kekuatannya akan lebih tertingkat? Bukankah dia akan menjadi yang lebih bersyukur? Bukankah keimanannya akan melonjak?

“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri. Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir.” Surah At-Taubah ayat 25-26.

Saat-saat sebahagian manusia telah berputus asa dan berundur, dan sebahagian lain pula kekal bertahan dalam keadaan kekalahan, bukankah apabila Allah turunkan pertolongan pada saat itu akan berlakunya peningkatan terhadap yang kekal percaya? Bukankah telah tertapis daripada golongan pejuang itu mereka yang benar-benar ikhlas memperjuangkan agama Allah?

Sebab itu, Allah Maha Tahu bilakah hendak menjawab doa-doa hambaNya.

Dia tahu waktu dan ketikanya.

Yang tinggal adalah kita. Apakah mahu kekal bertahan dan percaya? Atau mengalah, menjadi yang rugi selama-lamanya?



sangat suke posting nih.. amat² memotivasikan diri kte..  kredit to :-

6 comments:

  1. salam perkenalan..

    moga usaha anda dipermudahkan Allah..saya juga pernah mengalami pengalaman yg sama..saya faham perasaan tuh mcm mana..ROBBI YASIR WALATUASIR YA KARIM

    ReplyDelete
  2. salam
    pernah cuba minum air buah zuriat tak?sila lawati blog sya untuk details.hrp dpt membantu

    ReplyDelete
  3. salam perkenalan jugak..

    sabar ye, Allah itu maha mengetahui segalanya.
    begitu juga saya, semua org beranggapan sy ni merancang utk pegnen lagi..
    hakikatnya sy teringin sgt nk baby tp masih belum ada rezeki. anakanda yg sulung pn dh 7 thn, tingin mau timang baby tp itulah, kita mampu merancang.. DIA yg menetukan.
    sy percaya ada hikmah disebaliknya..
    sama2 kita berdoa ye..

    ReplyDelete
  4. Salam perkenalan..alhamdulillah, di saat hati sedang gundah gulana,dapat pula sy diketemukan dgn entry ini. Saya sering bigini, jatuh tersungkur tetapi kemudiannya bangun semula dan terus berdoa pada si Dia. Semoga suatu hari nanti akan terkabul juga doa kite semua. Amin.
    Feel free to visit my blog http://journeytottc.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. as salam. farhah bru bace post akak. farhah pon skang tgh sedih. tapi bile bace post akak rase mcm legaa sangat. farhah doakan akak dikurniakan zuriat yer. semoga Allah swt memberkati usaha akak. farhah pun tgh usaha, kite same2 ye inshaallah :)

    ReplyDelete