Friday, July 6, 2012

Bukan senang nak pregnant

Soalan cepu emas time balik raya tahun ni opcos ialah tentang ANAK/BABY/
Whooooo.. sob..sob..sob..
Isk, ingat anak tu boleh beli kat kedai ke? Did you know % utk perempuan tu pregnant dlm setiap cycle hanyalah 20%?
Tunggulah Allah lom turunkan rezeki anak.
Mungkin ada sebab kenapa Dia delay kan kehadiran anak kepada kami.Kadang-kadang, ada orang tak berapa faham @wat tah faham proses nak dapatkan anak nie.Dia ingat, sekali tutt boleh terus dapat je once… err, paham² la.
okies ye anak murid sume.. Let me share a few facts about this process..
.........1) Ovari seorang perempuan yang normal dan tidak mempunyai masalah akan mengeluarkan SATU TELUR dalam sebulan. Terdapat sesetengah kes, DUA TELUR boleh dikeluarkan. Dalam kes lain yg dibantu ubat-ubatan, hampir 10 TELUR boleh dikeluarkan. Tapi kita pegang pada fakta asal. Hanya SATU TELUR akan dikeluarkan dalam 1 ovulation cycle.


Saat telur dikeluarkan...
2) Telur ini akan dikeluarkan ketika capai waktu subur. Waktu subur pula boleh ditentukan dengan cara monitor your ovulation cycle. Secara amnya, waktu subur akan jatuh antara hari ke-11 hingga hari ke-21. Itu secara am. Utk mengetahui the exact time, kena betul-betul amati signal yg diberi oleh tubuh badan (which can be confusing and stressful most of the time). Outside factors juga memainkan peranan kerana stress dan penyakit boleh mengganggu cycle tu. So kalau korang nak pregnant, make sure jangan stress sangat.


3) Unlike sperm yg boleh hidup selama 3-4 hari (bergantung pada keadaan persekitaran rahim), telur pula hanya boleh hidup selama 12-24 jam selepas dikeluarkan dari ovari. That’s the crucial part. Apa maksud I? Ala, korang yg dah kahwin paham la kot. Takkan nak I explain betul-betul. Nanti dah jadi kelas Sains pulak. Cuba ingat apa yg cikgu ajar masa Form 3 dulu. Secara asasnya, kalau terlalu cepat, sperm mungkin dah mati. Kalau terlalu lambat, telur mungkin dah mati.


4) Katakanlah persenyawaan telah berlaku, telur ini perlu melalui ‘terowong panjang’ selama 6-12 hari sebelum implantation berlaku di dinding rahim. Dalam masa 6-12 hari ni, macam-macam akan berlaku. Sel akan terbahagi. Kadang-kadang, pembahagian sel tidak berlaku dengan baik hingga menyebabkan ia tidak berkembang. Dalam diam, ia akan gugur tanpa disedari.


5) Paling penting, implantation perlu berlaku. Kalau tak dpt attach kat dinding rahim, ia akan gugur tanpa disedari. So bila period sampai, kita anggap kita tak pregnant.
Sedangkan kita mungkin telah melalui proses di atas.


Sebenarnya, entry ni nak bagi orang faham. Especially lelaki la. Kalau korang tanya husband korang pun, belum tentu diorg tau proses ni eventhough cikgu dah ajar masa Form 3 dulu.
Bukan senang nak pregnant yer. Maybe ada la sesetengah perempuan boleh jadi ‘kilang anak’.
Try je terus lekat.
Kena faham juga la mcm mana badan perempuan berfungsi..
so ape² pon doa lah bebnayak utk kami nih ekk..

ALLAH know the best! =)

No comments:

Post a Comment