::. Ya ALLAH kurniakanlah sakinah mawaddah warahmah dlm r/tangga kami Amieen.::



Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers  Baby Birthday Ticker Ticker  Baby Birthday Ticker Ticker

Monday, June 30, 2014

CARA SOLAT JAMAK & QASAR YANG SANGAT MUDAH!


 Assalamualaikum uols! hee~
kte nak kongsikan cara solat jamak & qasar yang sgt "kacang rebus" heee maksudnye senang la!kekeke!
sebelom ni klo outstation biasanye kte akan berhenti tiap pit stop utk solat.. 
xpenah pon wat solat jamak n qasar.. 
lagi sbb teringat ade sorang akk ni ckp kat kte psl solat ni 
dia ckp "Allah dh bg kemudahan kesenangan kt kte nape x terima? x buat? nape still buat cara yang susah sedangkan Allah dh bagi kesenangan/kemudahan dalam solat bile outstation"
cth plg sng"klo org bg adiah kat kte.. kte x terima ape perasaan kte"
haaa lebih kurang gitu la maksud akk tuh! so paham² aje la! hohoho!
sekali bile google lg sng rupenyer.. 
ate! moh kte ajor kome cara² nyer yer.. 
hohoho! 
SOLAT JAMAK 
Jamak ertinya menghimpun dua solat ke dalam satu solat. 
Solat yang boleh di jamakkan ialah solat Zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak
Jamak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu :  
Jamak Takdim  
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dalam waktu Zohor dan Solat Maghrib dengan Isyak dalam waktu Maghrib.Syarat Jamak Takdim : 
i.Hendaklah dimulakan solat pada waktu yang pertama seperti Zohor kemudiannya diikuti dengan Asar dan Maghrib kemudiannya Isyak
ii.Niat Jamak dalam solat yang pertama pada permulaan takbiratul ihram
iii.Berturut-turut (Muawwalat) antara solat yang pertama dengan solat yang kedua.

Jamak Takhir
Solat Zohor dijamakkan dengan Asar dan dilakukan dalam Waktu Asar.
Manakala solat Magrhib dilakukan pada Waktu Isyak.
Syarat Jamak Takhir :
i.Hendaklah diniatkan di dalam hati pada waktu yang pertama yang ia akan menangguhkan solatnya hingga ke waktu yang kedua.
ii.Masih berada dalam musafir hingga selesai kedua-dua solat.



SOLAT QASAR 
Qasar ertinya memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat sahaja.  
Solat yang boleh dipendekkan ialah solat Zohor, Asar dan Isyak sahaja.

Syarat-syarat sah Solat Qasar ialah :
Musafirnya tidak bertujuan maksiat.
Perjalanannya melebihi 2 marhalah iaitu 60 batu / 96.6 km
Diniatkan qasar solat ketika takbiratul ihram
Tidak boleh mengikut imam yang sedang solat sempurna (Tamam)
Mengetahui solat qasar itu menjadi harus baginya
Mengetahui tempat yang hendak dituju, jika tiada tujuan atau matlamat tidak sah qasarnya
Tidak boleh qada qasar solat yang ditinggalkan semasa di tempat kediamannya tetapi solat yang ditinggalkan semasa dalam musafir boleh di qada'
Masih berada dalam musafir hingga selesai solatnya

Contoh niat bagi solat qasar adalah seperti berikut (Solat Zohor) :
Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah taala.

HAL-HAL YANG BERKENAAN DENGAN JAMA' DAN QASAR

Apabila seseorang itu bermusafir lebih dari dua marhalah maka ia harus melakukan solat qasar dan jama' sekali. Ertinya ia boleh menjama'kan di antara dua solat dan mengqasarkan sekali.

Walau bagaimanapun, ia boleh melakukan di antara satu yang berikut :
Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar
Menjama'kan dua solat fardhu dan qasar.


Terdapat 2 kaedah yang boleh digunakan melalui cara ini :

Niat Jama' Taqdim dan Qasar :
 
i.Solat Zohor dan Asar.
"Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Asar kerana Allah Taala"
Mengerjakannya dengan azan dan diiringi iqamat.
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi tanpa menangguhkan (kecuali mengambil wuduk) dan berniat pula seperti berikut :
"Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar kerana Allah Taala"

ii.Solat Maghrib dan Isya'
Sahaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jama'kan ke dalamnya Isya' kerana Allah Taala
Solat maghrib tidak boleh diqasarkan.

Cara melaksanakan jamak taqdim maghrib - isya' sama dengna niat jama' taqdim zuhur-asar. setelah memberi salam kemudian bangun dan iqamat dan berniat seperti berikut :
"Sahaja aku solat fardhu Isya' dua rakaat qasar kerana Allah Taala"

 

 Niat Jama' Takhir dan Qasar:
 

i.Solat Zohor dan Asar
"Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat qasar serta di jama'kan dengan Zohor kerana Allah Taala"
Selepas memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
"Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat qasar kerana Allah Taala"

ii.Solat Maghrib dan Isya'
"Sahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat qasar  dijama'kan dengan maghrib' tunai kerana Allah Taala"

memberi salam, maka iqamat sekali lagi dan berniat semula seperti berikut :
"Sahaja aku solat fardhu Maghrib ' tiga rakaat kerana Allah Taala"



Saya juga sekadar berkongsi ilmu. 
Sila rujuk pada yang lebih arif untuk penjelasan yang lebih sempurna dan supaya tidak timbul sebarang kekeliruan. 
Moga kita sama2 dpt mengingati dan membetulkn apa yg kurang disamping menambah ilmu.
T/kasih. Wasallam.

Friday, June 27, 2014

My Precious Momments 9 Months Part 4 (END)

Haloooo alooo loooo!

3rd Timester cam biasa! bb makin aktif! membesar ngn sehat! jantina 100% kompom!
Alhamdulillah!

3rd timester dh duk meng'goggle' 
cara mudah bersalin la!
ayat² mudah bersalin la!
petua mudah bersalin la!
tips cara meneran la!

ape la yg kena mengena ngn dalam labour room duk google! hahaha!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bile dah dekat due date tu ati mule berdebor debor yeop! ate.. terima ngn redha je la.. hohoho!
so start la menye'kodeng' dak kecik dalam tummy ummi ni seminggu sekali! hohoho!
best sgt! leh tgk si tecik tomey ummi ni duk wat pe.. heee!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

19hb Jan 2014 due date kte.
tapiii..............
doc check jalan x bukak.. si tecik dh kat bawah.. tp laluan xde.. tali pusat plak kat leher bb..
so doc decide nk czer.. haaa! czer?
doc suruh blk diskus dulu samada nak czer or induce!
doc bgtau pro n kontra bersalin czer n induce!
ala... riso nye Allah jer yang tau...
induce doc x brp rekemen sbb dh overdue & lalaun xde.. doc riso bb n ummi stress & bahaya utk bb nnti!
 czer plak doc bgtau risiko lps bsalin.. penjagaan nyer.. tp kaedah nyer sng n cpt!  ummi n bb x strees!
doc sgt rekemen czer sbb kte dh tggu lama kn.. berttc.. doc riso klo induce 3dos kalo jalan x bukak gak kena gak czer.. dh double cost plak tuh! so doc sgt merekemen czer.. ngn mslh² yg kte alami ni kte redha la utk czer! sobsobsob..
anak ummi nnti kua guna tingkap ek!  xpe! janji anak ummi sehat & selamat itu jer yang penting wat ummi & ayah!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

22 Jan 2014 (Rabu) 
lepas jer solat subuh sume..siap² cpt² g spital.. nk jd kan cerita lps je solat subuh tetiba cam ade kuar cecair.. kaler jernih + coklat² sikit...
cpt² bgtau en somi.. lelaju g spital.. sblom g spital sempat g umah mak jumpe ayah ngn mak mintak ampun dr dorg! mntk dorg doakan kte selamat n dipermudahkan bersalin kang.. sobsobsob..
dr umah ke spital walaupon x jauh dalam 5min je.. tp rase cam jauh jer pjalanan nyer ngn rase debor² lagi..
mcm² la rasa time tuh! huahuahua!
smpi je spital tros g emegency.. duk dlm labour room check heart beat bb..tgk graf dia ok ke x?
duk kat labou room tu lama gak la sbb bilik time tuh penuh! ramai sgt patients wooo!
duk la dlm labour room tu smpi kul 9am! 
kat labour room tuh mcm² doa duk baca.. pastu dah la x leh mkn dr 12 mlm tu smpi kul 9 woo lapo gile dah perot.. nurse cuma bg minum air masak je.. kte minum air zamzam je kat labour room.. abis gak la sebotol!
kul 9am nurse dh bgtau utk standby msk bilik OT..
en somi lak dipaksa rela utk msk sekali dlm tuh!
bukak ape yg patut.. tuko baju sume bagai.. kte disorong msk dlm bilik OT..
dupdapdupdap..
time czer diberi pilihan samada nak fullbody bius or halfbody! 
kte amik halfbody.. sbb rsiko fullbody sgt tinggi woo!
so sedar la masa doc n nurse duk nk kuakan si tecik tuh!
cuma x rasa pape la.. rasa nebes je woo! nebes giler!
Alhamdulillah en somi penenman kat sebelah kanan! sebelah kiri Doc Pakar Bius!
Doktor Rohana Mohamed! sangat baik doc ni okeh! 
doc ni pegang tangan kte.. suruh igt Allah.. baca ayat² penenang! 
mmg doc ni byk mng'cool'kan kte msa kat bilik OT.. doc ni kecik comel jer orangnyer.. sgt peramah!
Terima Kasih doktor sbb bg kata² semagat kat saye yang sgt gile nebes nih! hohoho!
ops x lupe gak kat en somi yg teman kt sebelah lagi tu yer! heee~
ALHAMDULILLAH tepat jer 9.36am 22 Jan 2014 bersamaan 20 R'Awal 1435H 
permata hati ummi ngan ayah selamat dilahirkan! sobsobsob..
sebak je rase bile Dr. Norshida tunjuk kat kte baby tuh! dia pon ckp Alhamdulillah bb slmt dilahirkan..

Terima Kasih Ya ALLAH telah kabulkan permintaan kami ni..
Terima kasih kat sume nurse² n doktor Hospital Colombia Asia Cheras..
Dr. Norshida Brahim
Dr. Rohana Mohamed
Dr. Dr. Vijaya Mohan R. Rasathurai (doc baby)
Alhamdulillah sume nyer dipermudahkan Allah daripada mula mengandung, bersalin & berpantang!
Alhamdulillah sangat².. berkat doa mak.. ayah.. en somi sume! terima kasih sume!
akhirnya tercapai impian kami untuk lihat, dukong, pelok, gomol n membesarkan anak sendiri sobsobsob..
semoga nak ummi n ayah yang diberikan nama  
NURZARALYSA FAZREENA BINTI MD NAZRIN
diberikan kesihatan yang baik.. dilindungi ALLAH dari segala bahaya, penyakit, perkara² yg buruk!
semoga anak ummi n ayah menjadi anak yang solehah!
yang dpt memimpin tangan ummi n ayah di akhirat nnti!
yang dapat mendoakan ummi n ayah bile ayah ngan ummi xde nanti!
InsyaALLAH Ameeennn....









SALAM RAMADHAN 1435H


SALAM RAMADHAN 1435H UNTUK SEMUA & ESPECIALLY GENG TTC!
SEMOGA DENGAN KEHADIRAN BULAN YANG MULIA NI ALAAH MAKBULKAN SEGALA PERMOHONAN KENGKAWAN YANG BER'TTC SEMUA! 
INSYAALLAH AMEEENNN..